Skip to main content

info mengenai chemical engineering

SALAM (: halo halo halo! hye eberiwan!
huargghh. ngantuk ar skg ne. tp takpa laa! okay hari ni maw kongsi cket pasal chemical engineering. mungkin ada yang masih kabur2, takfaham sgt what is chemical engineering/kejuruteraan kimia ni. esp for those yg lepasan spm tu. jom baca (:


Apakah dia bidang kejuruteraan kimia?

Kejuruteraan kimia adalah satu cabang profession kejuruteraan yang meliputi segala aktiviti sertaproses untuk menghasilkan bahan yang berguna dari bahan mentah, atau untuk menambah nilai sesuatu bahan.


Adakah jurutera kimia diperlukan di Malaysia?

Negara memerlukan seramai 29,000 jurutera kimia pada tahun 2010, menurut Datuk Rahmah Abu Kasim, Penasihat National Economic Action council (NEAC). Sehingga tahun 2000, jurutera kimia yang berkerja di Malaysia hanya berjumlah 2900 orang (The STAR, April 9, 2003). Di Malaysia, sebanyak 10 buah universiti menawarkan program kejuruteraan kimia (5 daripadanya berusia kurang dari 5 tahun, oleh itu belum menghasilkan graduan). Sehingga tahun 2006, UTM telah menghasilkan paling ramai graduan kejuruteraan kimia iaitu seramai 3900 orang sejak penubuhan jabatan kejuruteraan kimia UTM pada tahun 1983. Jika dianggarkan bahawa 4 institusi lain dan juga graduan jurutera kimia luar negara telah menghasilkan jumlah jurutera kimia yang sama banyak dengan jumlah yang dihasilkan oleh UTM, dengan anggaran 80% telah mendapat perkerjaan, maka jumlah jurutera kimia di Malaysia hanyalah dalam lingkungan 6000 hingga 7000 orang pada tahun 2007. Jumlah ini kurang dari 25% sasaran keperluan jurutera kimia di Malaysia.Oleh itu, prospek perkerjaan jurutera kimia di Malaysia amatlah luas berdasarkan permintaan semasa.


hebat kan? jom masuk bidang chemical engineering! okay kat bawah ni ada sedikit penerangan yg aku ambik dari wiki. so, kamu baca n fahamkan (:


Kejuruteraan kimia merupakan applikasi sains, mathematik, dan ekonomi kepada proses menukarkan bahan mentah atau kimia kepada bentuk yang lebih berguna atau berharga.
Kejuruteraan kimia merangkumi reka bentuk dan baik pulih proses kimia untuk pengilangan besar-besaran. Nama sebenar adalah tidak normal (misnomer) disebabkan kerja jurutera kimia termasuk lebih kepada pengatahuan fizikal berbanding kimia. Disebabkan gelaran 'jurutera kimia' menyumbang kepada salah faham ini, ramai jurutera kimia digaji di bawah gelaran 'jurutera proses'.
Perbezaan antara kejuruteraan kimia dengan kimia boleh digambarkan dengan melihat contoh proses penghasilan jus oren. Pakar kimia menyelidik di dalam makmal menyiasat dan menjumpai pelbagai jalan untuk mengeluarkan jus dari oren. Mekanisma termudah adalah memotong buah oren kepada separuh dan menekan oren menggunakan mesin jus manual. Cara yang lebih rumit dijumpai adalah dengan mengupas dan menggelek oren untuk mendapatkan jus.
Sesebuah syarikat kemudiannya akan menggaji jurutera kimia untuk mereka kilang untuk menghasilkan beberapa tan jus oren setiap tahun. Jurutera kimia akan menyiasat semua cara yang ada untuk menghasilkan jus oren dan menilai kesemua cara tersebut mengikut daya ekonomi (economical viability). Jadi, walaupun kaedah jus secara manual adalah mudah, ia tidak ekonomi untuk menggaji beberapa ribu orang untuk menghasilkan jus oren secara manual. Oleh itu, cara yang lebih murah digunakan (kemungkinannya teknik kupas dan gelek.) Kaedah termudah bagi penghasilan di dalam makmal tidak semestinya cara paling ekonomi untuk sesebuah kilang.
Proses yang digunakan oleh jurutera kimia (contoh. penyulingan atau penambahan klorin) dikenali sebagai operasi unit dan mengandungi reaksi kimia dan/atau proses pemisahan.
Dua hukum fizik yang menjadi asas reka bentuk kejuruteraan kimia adalah pemeliharaan jisim (Conservation of mass) dan pemeliharaan tenaga (Conservation of energy). Pergerakan jisim dan tenaga melalui proses kimia dipertimbangkan menggunakan imbangan jisim dan tenaga yang menggunakan hukum ini pada keseluruhan kilang, unit operasi, atau bahagian peralatan tertentu. Dalam melakukan ini, jurutera kimia menggunakan prinsip termodinamik (thermodynamics)reaksi kinetik (reaction kinetics) dan fenomena pengangkutan (transport phenomena). Kerja melakukan tugasan ini pada masa kini dibantu oleh simulator proses, yang merupakan model aturcara rumit yang mampu menyelesaikan imbangan jisim dan tenaga, dan biasanya mempunyai model dalaman untuk simulasi unit operasi biasa.

so, sekarang jelas? harap2 dlm membantu cket tntg penerangan kejuruteraan kimia ney kay. its fun ok! :DD kadang2 kita jangan paksa diri kita study benda yg kita xminat semata-mata demi duit atau kerjaya. fikir ability diri sendiri samada boleh atau tidak. rezeki dimana2 , yg penting usaha. chayo3! 
thanks for reading :) kalau da papa soalan, just drop your comment dude :)

Comments

Popular posts from this blog

kisah bilik AG.10

assalamualaikum n haliuu :D

hye hye heyyo heyyo! okay whatsup kwn2 ni ari? ok jg ka? hopefully, suma sihat and comel2 belaka. amboik! hehe. okayy, tnpa membuang masa yg byk, hri ni sa maw cer psl bilik! BILIK? knpa dgn bilik? hehe. sa maw cerita kisah bilik yg pernah sy diami di kolej matrikulasi labuan *KML* :D

dipendekkan cerita, bilik original saya ialah AG.10. apa e2 AG.10 ? hehe. actually .

A : Karisma A = BLOK A
G : Ground Floor
10 = Number bilik

dan pada akhir sem dua sya berpindah randah ke bilik 1.21 = blok A tingkt satu bilik 21 . yiii . bilik bestfriend saya iaitu Najie

kita mulakan dgn kisah ag.10.. sesungguhnya! ag.10 mencoret seribu satu kenangan kpd saya. tula bilik pertama saya kongsi dgn kwn2. karisma A tu dorm pertama sy. before this saya tdk prnh tggl asrama :) dlm bilik tu menyaksikan penat lelah, tangis, tawa, gembira, dendam, marah, sayang and mcm2 gik.

ada satu perkara kebetulan yg very amazing bg sy, sbb roomate saya kebetulan smua dr TAWAU. saya sorang jak dar…

kehidupan d KML ;')

Assalamualaikum wbt n salam satu kesedihan *for those who in sedih mood*

first of all before i start. let me cry. i wanna cry cry cry . homesick. gilaa. i miss my mom, my dad . i can't even stop think bout it even skrg ni dah msuk second week aq kat KML. its suppose to be KM-HELL. series. ok. aq xkisah if aq kena suruh bt kerja2 sendiri like cuci baju n so on. but aku xleh jauh dr parents aku. series. dulu b4 masuk KML aku rasa mcm 'oh yeah. aku boleh tggl jauh dr dorg..skjp jak tu homesick'..n rasa mcm xsabar maw cau dr ruma. but now, HELL NO! aku maw balik ruma, aq maw tgk mama aq hari2. aku nda thn wo sini. there's no happiness. yg ada PENING TEKANAN. you know what, aq blajar something kat sini that aq baru nmpk rasa SAYANG aku ngan parents aq yg sgt2 KUAT. b4 diz maybe aq mcm budak nakal kat rumah, slu lwn ckp mama. but now.. i want my mom, my dad besides me. *crying* ya Allah, kuatkan hati hambumu ini. Kadang2 aku rasa xble tahan wo..this is the first time aq rasa …