Tuesday, May 19, 2020

My 25 years old concern

ITS 2020. 

It's finally 2020. Can you believe that? Assalamualaikum! 

10 tahun lepas, aku buat blog ni. Macam nda percaya, 10 tahun sudah berlalu. Blog ni pun lama sudah kena tinggal bersawang, but when i miss my old times confirm akan bukak blog ni tuk baca memori lama. So, i decided to just post my story here, pedulilah ada orang ka lagi. Online journal orang bilang. So, harini aku akan share my post yang aku biarkan dalam draft masa tahun 2018. Betapa depressnya aku sama hidup time tu! 😂😂 

So, basically ni cerita aku lepas dari FT, aku pindah kerja di satu company ni sebab mau grab better opportunity for my career. Alhamdulillah, the company much better than previous one. Aku dapat kawan designer yang sangat membantu aku belajar banyak untuk improve aku. Banyak benda aku belajar dari improve my editing skills, knowledge pasal supplier and explore banyak benda baru. Banyak involve corporate punya event, good oppurtunity for me! Hari demi hari aku lalui, aku enjoy walaupun mulanya agak kekok sebab kawan designer aku berhenti lepas beberapa bulan kami rapat sebab dia nda dapat cuti raya. 

Time tu aku sedih aku pun mau berhenti, siap sudah aku tulis surat ya. Aku rasa aku nda dapat handle benda tu sendirian. Kamu tau ka kerja dia bagi kami sangatlah banyak, aku selalu OT untuk siapkan kerja. Way different than my previous company. Tapi aku cuba bertahan sebab aku yakin, semua kesakitan dan struggle yang aku lalui ni confirm aku akan atasi sebab aku boleh. Hari demi hari berlalu, pejam celik lebih setahun sudah aku kerja di company ni. Aku cuba bertahan walaupun work load sumpah banyak. Aku kerja sampai tiada orang di ofis. Aku saturang ja designer cum soc media marketing. Akulah photographer, akulah video editor. Can you imagine that? Pressure dia lain macam. Maka terhasillah post di bawah ni:
Pass twenty, not yet thirty. In between, right there - G Dragon
Yass, in between, right there! This year, I'm 25 years old. And few concern hits me, i keep thinking about my life. My working life to be exact. Listening to IU's Palette, i guess everyone has their own concern in their 20s.  My current concern is that should i resign from my work now or just stay?

Sekarang ni, aku dalam fasa di mana aku rasa boring sudah mau pergi kerja di company ni. Mungkin ada faktor2 dalaman yang membuatkan aku tawar hati. Sebelum aku konvo dulu, aku ada mindset yang mengatakan habis belajar mesti terus kerja. Cari pengalaman, nda kiralah berapa gaji or kerja. Kira built your career la.

Aku nda ingat samada aku ada ka perasaan macamni masa aku d FT, or just perasaan ni wujud sebab di company baru ni? Mungkin cara dorang bekerja yang mungkin tidak sesuai dengan jiwa aku membuatkan aku hilang minat untuk meneruskan pekerjaan disini. Dulu, kalau aku mau berhenti, aku mesti pastikan aku ada dapat kerja lain dulu. Tapi, sekarang ni, tahap dia aku mau berhenti walaupun tiada kerja lain lagi. Teringin mau kerja freelance. Dengan tiada golongan kapitalis mengarah! Gitu! Gurau.

Aku muak dengan budaya dalam kompani tu kalau ada keluarga dia, semua keluarga dia anggap kau sebagai pekerja adalah pekerja untuk keluarga dorang. Kerja personal dari keluarga bos kau terpaksa juga buat. I dont think i can handle this kind of things. I will do it for the sake of my job, tapi kalau mau stay lama lama dalam enviroment begini. I dont think so. Seriously, kadang hati terasa panas dan terpaksa. Aku mau kerja dalam keadaan tenang dan sedap hati. Tapi jauh di sudut hati aku juga cakap, kenapa kau mudah putus asa? Baru segini cabaran, sudah kau lemah? Kata mau sahut cabaran dalam interview! Banyak lag
i sebenarnya yang buat hati tawar, tapi nda perlulah semua mau dipublishkan kan?


Haaaa gitu. Stress kan? Time ni aku masih dilema tau, belum lagi. Masih mampu bertahan. Aku bertahan sampai 2019. Puasa ka nda puasa, aku balik lambat, demi siapkan kerja yang melambat. Aku mula burn out. Bapa aku sampai cakap dengan aku kalau kau mau berhenti, berhentilah.Tapi nda mungkinlah aku mau berhenti. Dengan tiadanya kerja baru. Sedih. Staff di ofis bersilih ganti, aku masih di sini, cuba bertahan sekuat boleh. 

Sampai satu masa tu, aku betul2 sedih, aku menangis. Mau tau kenapa? Adalah satu masa tu director kami panggil aku di office dia time tu malam sudah ya. Dia macam push aku untuk serve lagi social media kami. 11 PAGE by myself. Buat design, gambar, video & marketing by myself. And kamu tau apa yang aku sakit hati betul? Sebab aku sudah buat terbaik bah, post aku sangat banyak and uptodate tapi dia push lagi aku. Sudahlah time aku burn out, kau fahamka? Aku jenis sangat hormat dengan orang, time tu aku hilang rasa hormat. Aku nda pandang director aku time dia membebel, sebab aku terlampau sakit hati sebab satu ayat ni. Dia cakap "Ndakan kau sebagai designer, design and print jak?"

DESIGN AND PRINT JA?

Ayat yang menghancurkan semua perasaan aku. Sayang aku pada company ni, hilang time tu juga ya. All my efforts dan pengorbanan aku terus muncul di kepala. Kau bayangkan aku hari2 balik lambat, shoot video bymyself my own gadgets, buat printed menu (cut, laminate & finishing myself - HUNDREDS SET BYMYSELF), cuti aku buat kerja, kau cuti ka nda kau akan di call buat design, amik banner, lawat kawasan sampai di pelusuk dunia semua guna minyak aku sendiri,  nda pernah claim ya, company profile seluruh keluarga company tu, lepas tu kena cakap begitu. Jujur aku cakap aku terluka.

Setiap design yang designer buat walaupun ia hanya sekeping kertas, tau ka kamu effort untuk siapkan satu design tu memerlukan pemikiran yang sangat detail supaya semua info yang kamu bagi tu nampak simple dalam satu kertas? Belum cerita kalau kau mental block. So, cerita dia aku terluka. Aku menangis time aku balik tu. Masa dalam ofis tu pun, director aku cakap "emi, jangan nangis" aku nda pandang dia. Sebab aku terluka. Terluka betul 😂 Selepas daripada hari itu, aku setiap hari tahan ja hati, demi sesuap nasi dan rumah aku pun baru terbakar masa Mac 2019, ndakan aku mau berhenti kerja semata-mata nda tahan? Sampailah satu ketika tu, aku cerita dengan kawan designer yang kerja sama sama aku, dia cakap dia mau tolong aku kerja di tempat dia, dia suruh hantar resume. And i try, and dapat.

Drama bermula. Ya bermula. Kau bayangkan aku buli cakap ini antara konflik paling terbesar dalam hidup aku. Ahhahahaha. Walaupun aku macam struggle kerja di tempat ni, tapi aku sudah terlanjur sayang. So, aku submit notis untuk berhenti, semua terkejut. But bos aku steady ja, dia macam nda peduli. Selepas sebulan, tinggal seminggu lagi aku di ofis tu, baru aku kena panggil, rupanya baru bos tau. And dorang tahan aku dari berhenti, kena offer gaji lebih tinggi dari kerja baru aku, kena offer pangkat lagi tinggi. Time kena offer tu, semua orang aku rujuk ya sebab aku ndamau aku salah langkah. Duit pun macam jauh lagi tinggi. Fikir punya fikir, aku rasa aku patut move on, walaupun dengan hati yang berat, sampai last day aku pun aku masih kena tahan ya. Masa kena jumpa director pun airmata aku bergenang, tahan2 ja. HAHAHHA. Aku berdoa ja sama tuhan semoga ini keputusan yang betul aku buat, untuk keluar dari sini. Duit boleh dicari, tapi kalau sampai masa aku tiada untuk family? So, aku nekad. Keluar. 

Ohya, dorang ada cari budak baru untuk ganti aku, tapi macam sangat fresh graduate. Aku siap interview dia, aku nampak aku yang dulu dalam dia. Sangat mahu bekerja. Aku suggest dia sama manager aku, aku cakap dia okay ni boleh digilap. Alhamdulillah, walaupun masih fresh dia kena terima. And itu juga dorang jadikan pancingan untuk aku stay, dorang bilang ada sudah kawan aku mendesign. Tapi, tulah mungkin jodoh aku sama company ni sampai di sini ja. Tapi aku kesian dengan staff baru tu, sebab terkejut dia datang-datang ja aku berhenti. HAHAHAH. Sakit jantung dia. I am sure she's struggled, sorry sis. Masa director kenalkan dengan aku dengan budak tu, dia suruh jadi macam aku, bertanggungjawab dengan kerja. Aku tunduk ja, sedih. Terlampau banyak kenangan dengan company ni. Berat betul hati mau tinggalkan. 

Last day. Aku ingat lagi time tu first puasa. Aku terpaksa cepat-cepat pulang, sebab kena prepare masak untuk rumah so aku nda dapat proper goodbye dengan semua orang. Sorry kawan-kawan! :( Tapi lepas berbuka aku datang balik ofis, untuk urus dan susun semua file-file di ofis. Begitu ya aku tidak pergi jak terus, hahaha. Aku ndamau orang selepas aku susah. Selepas tu, aku terus pergi dengan hati yang berat, mulakan career yang baru. Walaupun sebulan selepas kepergianku itu, aku masih dicari-cari atas urusan kerja, aku tetap mau membantu. Kadang aku rindu, walaupun aku sudah mula di tempat kerja baru. Sungguhlah benar apa orang cakap, tempat jatuh lagi dikenang. Tiber. 

Walaupun company ni antara tempat aku paling struggle tapi aku percaya setiap tu mengajar aku, banyak benda baru aku belajar. InsyaAllah, aku akan ingat sampai bila-bila. Lepas kepergian aku tu pun, Datuk baru dapat tau aku tiba-tiba berhenti konon. Its not me tiba-tiba berenti, dia yang baru tau mungkin dari hr. Dia cakap dengan PA dia kenapa nda jaga staff yang bagus. Lagilah aku rasa bersalah time kaka tu cerita. Tapi, aku percaya hidup kita ni sudah tuhan atur. InsyaAllah, ada yang lebih baik menanti. Begitulah kehidupan, kita harus move on!

Okaylah, macam panjang betul cerita aku, nanti kita jumpa lagi next post untuk cerita career aku yang start pindah randa selepas pindah dari company ni. Haha. 

xoxo,
Mica.