mata semakin kuyu, ku paksa kaki semangat ini melangkah dalam batas waktu yang memburu aku. Lintaran kata-kata manusia yg sentiasa membunuh menghantui setiap detak nafasku. Seolah-olah kaki ni mglgkh utk memuaskn nafsu manusia yg mghantui! aku smkin lupa asal ku, semakin lupa tujuan dan kemahuanku.
Tuhan, berikan aku setitis cuma..
setitis tulang-tulang kekuatan untuk aku terus melangkah..
aku sentiasa lelah dalam dakapan yang membunuh
aku tidak pernah mahu terus
tapi aku terus terterus dalam hambatan masa2 indah itu
lalu aku terus dan terus..
aku masih dan masih..
masih begini..
rongga pernafasan sesekali sesak ..
perasaan meminta merayu memohon lari ..
tpi jiwa menyerigai kata JANGAN
akhirnya sang hati layu menjadi kudup
yg terlalu layu selayu-layu
aku masih keliru
aku masih tidak pasti
tidak cukup ka lagi kegalauan hati menimpa
tidak cukup ka lagi titis2 airmata yg mengalir ?
aku tiada jawapan.
sekiranya engkau coba memberi jawapan.
aku pasti aku tiada faham.
kefahaman aku penuh.
tapi kontang.
aku perlu air.
air dan air.
berikan aku air..
air yang membasahi seluruh jiwa ini..