Thursday, March 31, 2011

PENULIS SENJA TERAKHIR



assalamualaikum smua (:  halo halo ! today hari ni , saya join contestt okayy! contest ni contest penulis senja terakhir . sapew2 nak join sila tekan SINI , baca syarat2 nya k . hadiah pun best tau! =0

ok, first sebab aku join contest ni :

aku suka menulis, rasa dgn menulis aku dpt zahirkan aq yg aku rasa (: n dgn join menda ney aku dlm menyalurkan rasa aku pd org lain scra taklangsung ;) n suka bila karya dihargai wlupun tanpa balasan =)

ni puisi yg aku pertaruhkan, puisi ni aku dah stok lama dlm folder kat lappy aku! haha (: tp yang ni mmg aku suka n penuh erti . smga mmbawa kejayaan. cehwah (:



Tajuk :: kampung penyeluk
Karya :: emysya thk

“nilai itu bukan terletak pada nombor tapi pada rasa. Rasa itu perlu jiwa, cari jiwa, jumpa nilai”

Aku duduk sendirian dalam sebuah kampung rindu penuh dilema
Menyembunyikan diri di suatu pelusuk kecil
Menangisi saaat hiba yang pernah ku lalui
Jiwa terasa seperti dihimpit ganas dalam genggaman dendam
Airmata tekun mengalirkan dirinya jatuh..

Lalu aku terus lemah dalam meniti rentetan kisah yang tragis ni..
Degupan dadaku bergerak mantap membentuk irama penuh dgn hingar bingar
Pukulan ombak yang menujah-nujah sangat jauh untuk di bandingkan dgn rasa ini
Aku mencari satu kepastian dalam kekosongan nilai kepastian
Aku takut aku rebah tapi aku berani aku tiada batas

Hakikat insani yang menghamburkan segenap hidupku!
Kecewa mula membenih dalam keasyikan derita yang tiada siapa tahu
Cuma aku merasai , dalam bilik kesorangan , dalam degupan bersendiri !
Aman tiada sisa, aku cukup selesa merasa duka

Setiap hari raungan resah menghiruk-piruk ruang jiwaku
Arus jiwaku semakin bergelora
Akal dan hati memimpinku demi mempertahankan satu kehidupan
Kehidupan licin dari khurafat hidup
Aku ingkar dulu lalu aku sedar
Akal dan hati harus berdiri setinggi purnama mengambang
Sedalaman lautan seluas angkasa seindah iman yang suci

Rayuanku bukan gurauan
Kata-kataku satu pautan
Pautanku perlu pemimpin
Pemimpin ini perlu kukuh

Wahai yang membangunkan kelopak mata ini,
Berikan aku sekali Cuma dari dasar rayuanku ,
Satu Pautan pemimpin yang kukuh..
Agar aku bisa kembali menjalin hidup dalam keadaan bebas dari puisi maling
Yang mengotorkan segenap karya kehidupan yang azalinya pucat warnanya .

Akhirnya kembali seperti kurun permulaan
Semua kesucian sudah diceluk kembali
Terima kasih wahai yang setia ADA
Aku bertahmid hanya padaMU
Aku telah datang setelah aku pergi
Rangkaian doa terus memuncak
Agar aku tidak kembali semula kepada sebelum kedatanganku.

tag 3orang  > asliyanah , anith , abg aku ! (: 

7 comments:

  1. perghhhhhhhhh nangis makwe ps kalau bace sajak ni .. hehehehe ... thnk ye dik dh ikut serta

    ReplyDelete
  2. perghhhhhhhhh nangis makwe ps kalau bace sajak ni .. hehehehe ... thnk ye dik dh ikut serta

    ReplyDelete
  3. nice awak

    mamat join contest juga.
    http://luahan-hati-matika.blogspot.com/2011/03/penulis-senja-terakhir.html.

    ReplyDelete
  4. @wan mohd salim :
    HAHA. thnx bro (: for me, it will be nice klu puisi tu kita tulis dr hati, sbb kita btul2 rasa kan ? hee :)

    @matika :
    thanks . i've read urs :) nice one :)

    ReplyDelete
  5. @toyolkiut.

    haha :D mmg pyah. saya mgnkan unsur hyperbola :D ceh. haha .

    ReplyDelete
  6. hahahhaha..
    dear.
    memang pebret ko la tag aq..
    superb geng!
    gila balaghah kinayah pun lepas weyh..
    ahahhahaha..

    ReplyDelete